![]() |
Guru, Hamdan Hamzah hilang selepas keluar rumah ke sekolah sejak Isnin lalu. FOTO Ihsan PDRM |
Hamdan Hamzah, 46, keluar rumah pada jam 5.15 pagi untuk ke tempat kerja di Jementah, namun dia tidak pulang sehingga kini.
Kehilangannya itu disedari ahli keluarga sebelum mereka membuat laporan polis di Balai Polis Tenang, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pada hari kehilangannya, guru terbabit menunggang motosikal Yamaha Ego.
"Mangsa berasal dari Felda Kemelah bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jementah.
"Laporan diterima pada jam 6.22 petang Rabu lalu dan polis menggiatkan usaha mengesan guru terbabit," katanya dalam kenyataan.
Justeru, Ahmad Zamry berkata, orang ramai mempunyai maklumat mengenai guru terbabit diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Shamsuddin Ramli di talian 07-92799222 atau balai berhampiran.