Permohonan pertukaran guru diluluskan bukan sebab tular di media sosial - Fadhlina



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini menafikan dakwaan sekiranya permohonan guru untuk bertukar hanya lebih cepat dan mudah apabila tular di media sosial. 

"Tidak betul. Kena ikut proses. Mana ada permohonan tidak ikut proses (tular). Keutamaan kita di KPM dalam perkara ini adalah keperluan pendidikan itu sendiri iaitu pertukaran tidak menjejaskan pendidikan. Kena tengok keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru. 

"Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru. 

"Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh," katanya ketika menjawab mengenai isu guru 'duka lara'. 

Fadhlina berkata, permohonan pertukaran penempatan mengajar dibuka sepanjang tahun namun pertukaran hanya akan dibuat pada cuti sekolah sahaja.

 

Previous Post Next Post