PIBGN cadang wujudkan dapur berpusat, pantau kualiti makanan kantin sekolah

Imej hiasan


PETALING JAYA: Sebuah pasukan pemantau dan dapur berpusat wajar diwujudkan yang berfungsi mengendalikan bekalan makanan bermutu serta berkualiti di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid di sekolah.

Akhbar Utusan Malaysia melaportkan cadangan tersebut dibangkitkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang berpendapat agensi seperti koperasi boleh mengawal atau memantau dapur berpusat berkenaan Menurut Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan, dengan adanya badan tersebut kualiti makanan yang dibekalkan di kantin sekolah kepada anak-anak lebih dari segi keselamatan dan bermutu.

"Mewujudkan satu tempat masak atau lebih dikenali 'Central Kitchen' yang dikelola oleh badan agensi seperti badan koperasi dalam menghasilkan makanan yang baik, berkualiti, halal, mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan.

"Di samping itu, ia tidak memikirkan keuntungan semata-mata tetapi mengutamakan kebajikan keselamatan serta serta bantuan untuk diberikan kepada anak-anak," katanya. 

Mohamad Ali turut mencadangkan pembentukan kelompok agensi terdiri daripada Kementerian Pendidikan agar dapat memantau serta melakukan pemeriksaan di kantin-kantin sekolah dalam memastikan khasiat makanan dari segi mutu, kualiti, kuantiti dan kos efektif yang dibekalkan kepada kantin sekolah terjamin. 

Previous Post Next Post