Penebusan & Penggunaan Baucar Buku Dibuka Sehingga 31 Disember 2024 – KPM



Inisiatif baucar buku yang diperkenalkan untuk murid dan pelajar di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan sejak pelancarannya pada Jumaat. 

Setakat ini, lebih daripada 23,000 baucar buku dipercayai telah berjaya ditebus oleh murid dan pelajar melalui aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital. 

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan bahawa tempoh sah bagi penebusan dan penggunaan baucar buku ini adalah dari 31 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024. 

Oleh itu, murid dan pelajar dinasihati supaya tidak khuatir kerana mereka mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menebus dan menggunakan baucar tersebut bagi mendapatkan bahan bacaan yang terbaik. 

Inisiatif baucar buku ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua murid dan pelajar, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan berwawasan. 

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Previous Post Next Post