Pelbagai permohonan ditolak, lepasan SPM kongsi kepentingan Bahasa Inggeris

Gambar: TikTok @almondnadee 


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu peperiksaan yang menentukan hala tuju masa depan pelajar di negara ini. Lebih banyak ‘A’ di dalam keputusan peperiksaan, lebih cerah masa hadapan pelajar tersebut untuk menyambung ke pengajian tinggi. 

Baru-baru ini seorang pelajar mendapat keputusan SPM 7A berkongsi betapa pentingnya skor subjek Bahasa Inggeris, atau sekurang-kurangnya kredit. 

Menerusi hantaran video TikTok @almondnadee, dia tidak dapat menyambung ke institusi pengajian tinggi gara-gara keputusan SPM untuk subjek Bahasa Inggeris adalah ‘D’. 

Banyak Permohonan IPT Ditolak, Individu Ini Kongsi Pentingnya SPM 'Score' Bahasa Inggeris Sumber Gambar: TikTok @almondnadee 

Sumber Gambar: TikTok @almondnadee 


Tidak berputus asa, individu itu membuat permohonan semakan subjek Bahasa Inggeris dengan harapan gred ‘D’ itu berubah dan memudahkannya membuat permohonan IPT. 

Selepas 9 hari menunggu keputusan baharu, akhirnya subjek Bahasa Inggeris itu menjadi ‘C+’. Individu itu membuat permohonan ke program matrikulasi. 

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi dirinya kerana permohonan ditolak kerana minima subjek Bahasa Inggeris ‘C’ diperlukan sebelum boleh diterima masuk.  

Sumber Gambar: TikTok @almondnadee


“Pengaruh Bahasa Inggeris sangatlah besar. Kepada adik-adik, Bahasa Inggeris sangat penting ya. Keputusan cantik, tapi tak kredit (Bahasa Inggeris) tak boleh juga,” pesan individu kepada orang ramai. 

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada warganet.  

Sumber: The Vocket

Previous Post Next Post