Beliau berkata, sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.
"...kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.
"Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-ALLAH saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.
Anwar berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini pada Rabu. - Bernama