Google Cloud digunakan secara meluas di Malaysia, termasuk dalam bidang pendidikan.
Sejak tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) yang turut dikuasakan Google Cloud dalam memastikan pembelajaran berterusan tanpa masalah. Penggunaan Google Cloud juga memastikan lebih jutaan log masuk boleh dilakukan pada platform berkenaan pada waktu puncak tanpa masalah.
Pihak Kementerian Pendidikan juga sedia berhubung dengan Google Cloud dalam memperluaskan penggunaan dan integrasi produk-produk lain, selari membantu pembelajaran dan pengajaran.
Menyentuh secara ringkas berkenaan pendidikan di Malaysia pada acara Google Cloud, wakil Google menyatakan Malaysia akan memperkenalkan kecerdasan buatan pada pelbagai tahap pendidikan dalam beberapa tahun lagi, bermula daripada tahap pembelajaran sekolah rendah.