Cadangan tambah kelas bahasa Cina di SK cetus reaksi berbeza

Dari kiri; Lek Aee, Tai Kim dan Fouzi


SHAH ALAM - Cadangan agar penambahan kelas bahasa Cina diperkenalkan di semua Sekolah Kebangsaan (SK) bagi tujuan menggalakkan pelajar pelbagai etnik dapat mempelajarinya tidak dipersetujui pihak tertentu.

Pengerusi Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee berkata, ini disebabkan terdapat perbezaan antara kelas bahasa Cina di SK dan asas bahasa tersebut di SJKC.

Beliau berkata, murid-murid di SK tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina tanpa persekitaran dan budaya seperti SJKC walaupun selepas enam tahun mempelajarinya.

"Penguasaan mereka juga mungkin tidak mencapai tahap yang memuaskan seperti murid Tahun Dua di SJKC," katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim mempunyai pendapat berbeza.

Tai Kim percaya bahawa menambah kelas bahasa Cina ke SK untuk membolehkan murid bukan Cina mempelajari bahasa lain membantu mengekalkan tradisi budaya Cina.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berharap SK dapat menambah kelas bahasa bagi membolehkan murid dan ibu bapa memilih bahasa ketiga selain bahasa Melayu serta Inggeris.

Beliau percaya jika murid bukan Cina boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina, mereka akan mendapat tempat dalam perusahaan dan perniagaan yang dikuasai orang Cina.

Mohd Fauzi dilantik Datuk Bandar Shah Alam "Selain meningkatkan kualiti SK, ia juga dapat menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Melayu belajar di SK,” katanya.

Sinar Harian

 

Previous Post Next Post