SPM 2023: Lebih 10,000 calon tak hadir, KPM akan laksana intervensi tangani ketidakhadiran



PUTRAJAYA: Seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan. 

"Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022). 

"Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

 

Previous Post Next Post