Imej hiasan via Bing Image Creator |
Sempena Sambutan Hari Guru 2024 baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan enam inisiatif baharu sebagai komitmen berterusan Kerajaan MADANI terhadap golongan guru yang memainkan peranan penting mendidik generasi masa hadapan negara.
Kesejahteraan guru di Malaysia merujuk kepada keadaan guru menikmati kesejahteraan secara fizikal, mental dan emosi di tempat kerja. Ia bermula dengan tujuh langkah tingkat kesejahteraan guru diperkenal pada 2023 membabitkan pemansuhan aktiviti tidak berkaitan dengan pembelajaran murid, pengurangan beban kerja pengurusan dan penyederhanaan proses pentadbiran sekolah.
Langkah ini memberikan lebih banyak waktu fleksibel kepada guru, memberi peluang guru fokus kepada pengajaran dan pembelajaran efektif. Penekanan juga diberi kepada kebebasan guru merancang dan melaksanakan pengajaran disistem warga pendidikan akan dibangunkan untuk melihat domain tertentu, perkara seperti beban kerja, keseimbangan dalam kehidupan, pembangunan profesional, kestabilan mental, pengiktirafan dan suasana kerja positif perlu diberi keutamaan.
Ini untuk memastikan guru mendapat sokongan diperlukan dan berasa dihargai. Seiring dengan tujuan untuk memotivasi guru, satu sistem pengiktirafan lebih menyeluruh, komprehensif dan adil perlu dibangunkan bagi menilai serta memantau keadaan guru dalam pelbagai aspek profesional dan peribadi.
Bukan sahaja menilai sejauh mana gaji guru mencukupi untuk bersaing dengan kos sara hidup dan faedah tambahan, tetapi merangkumi faedah kesihatan, pencen dan bonus diterima guru.
Dalam situasi masa kini, masih ramai guru merasakan pengiktirafan dan ganjaran diterima tidak mencukupi, walaupun wujudnya Hadiah Guru Malaysia untuk menghargai guru cemerlang melalui insentif kewangan bertujuan meningkatkan kesejahteraan profesional dan peribadi.
Inisiatif lain termasuk jaminan pekerjaan, gaji kompetitif dan peluang pembangunan profesional untuk mengekalkan pendidik mahir serta memastikan komitmen mereka terhadap profesion keguruan berterusan untuk jangka masa panjang.
Dalam laporan Pendidikan Antarabangsa 2021 mengenai Status Global Guru dan Profesion Perguruan meninjau 128 pemimpin serta pegawai ke- satuan pendidikan di 94 negara dalam semua peringkat pendidikan, Malaysia menduduki tempat kedua dalam indeks berkenaan menyatakan majoriti guru di Malaysia menikmati status sosial dan penghormatan tinggi serta menunjukkan penghargaan budaya kuat dalam profesion perguruan.
Laporan ini bertujuan mengangkat suara kesatuan pendidikan dalam usaha membuat kerajaan dan pembuat keputusan memahami bukan sahaja cabaran dihadapi guru seluruh dunia, tetapi jalan ke arah masa depan lebih mampan yang mana gaji dan syarat guru dikurangkan, membabitkan pemansuhan aktiviti tidak langsung berhubung dengan pembelajaran murid.
Sehubungan itu, seiring mendepani Indeks Kesejahteraan Guru bakal dibangunkan, selain mengenal pasti domain tertentu, perlu juga dikenal pasti bidang kesejahteraan guru perlu diperbaiki dan memahami isu dihadapi dalam profesion keguruan.
Kerajaan wajar membandingkan kebajikan guru di negara lain dalam mengenal pasti amalan terbaik dan dasar berkesan melalui sistem pendidikan masing-masing.
Usaha murni mengumpul data relevan bertujuan menyokong pembangunan indeks ini akan menjadikan, Indeks Kesejahteraan Guru kukuh dan mampu untuk membangun dasar pendidikan lebih baik serta meningkatkan kebajikan guru.
Dr Siti Saliha Mustakim | Pensyarah
Jabatan Asas
Pendidikan, Fakulti
Pengajian
Pendidikan Bidang
Pengukuran
Pendidikan,
Universiti Putra
Malaysia (UPM)