Atasi masalah capaian internet di sekolah jika mahu pelopori AI

Imej hiasan


PETALING JAYA: Masalah capaian internet dan infrastruktur digital di sekolah perlu ditangani terlebih dahulu jika kerajaan mahu melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital bagi mempelopori bidang kecerdasan buatan (AI). 

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata kepada Utusan Malaysia, masih terdapat sekolah khususnya di luar bandar tiada capaian internet sekali gus menyukarkan kursus pemerkasaan teknologi dalam kalangan 418,063 warga pendidik di seluruh negara. 

Justeru katanya, kerajaan perlu menyasarkan capaian liputan internet di sekolah sekurang-kurangnya 80 peratus jika mahu merealisasikan hasrat melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. 

Katanya, capaian internet kurang memuaskan membabitkan sekolah tertentu memberi kesan kepada guru untuk mengajar bidang AI, dan menjalani latihan bimbangan.

 

Previous Post Next Post