Pelajar lelaki maut dipukul di asrama, 13 ditahan bantu siasatan



LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki, 17 tahun mati dipukul ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri di sebuah asrama kolej vokasional di sini, hari ini. 

Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata siasatan awal mendapati perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama lain dikenalpasti sebagai punca kejadian. 

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa. 

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain. 



“Seterusnya mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini. 

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang turut hadir memberikan rawatan kecemasan. 

Kata Rohan lagi, bertindak atas laporan yang dibuat oleh Pengarah kolej berkenaan, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah bergegas ke lokasi kejadian. 



“Kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu,” katanya. 

Jelas Rohan lagi sehingga kini polis telah menahan 13 orang pelajar lelaki berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes ini. 

Tambahnya, tujuh lagi saksi bebas telah dikesan untuk membantu siasatan. 

“Pihak polis juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis Sedang menjalankan siastan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus. Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan,” katanya.

Sumber: Buletin Utama
Previous Post Next Post