Guru CoS perlu ikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sebelum dilantik tetap - Fadhlina

Imej hiasan via Berita Harian


Menjawab soalan jumlah guru kontrak yang diambil pada 2022 dan 2023 dan berapa yang diserap sebagai perjawatan tetap, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin terhadap bekalan guru di seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata KPM melaksanakan pengambilan guru secara lantikan 'Contract of Service' (CoS) dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan.

Katanya, guru-guru lantikan CoS akan dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang sesuai melalui Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sebelum dilantik tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pada 2022, seramai 2,292 orang guru CoS telah dilantik. Daripada jumlah itu, seramai 241 orang guru CoS memenuhi syarat dan dilantik tetap oleh SPP, manakala baki guru CoS yang tamat PDPP sedang dalam proses temu duga untuk dilantik tetap oleh SPP.

"Bagi urusan pengambilan guru CoS tahun 2023 pula, SPP baharu sahaja mengumumkan keputusan temu duga lantikan guru CoS seramai 6,313 orang pada 8 Februari 2024," katanya.

Previous Post Next Post