Guru umpan murid bermalam di hotel

 

Imej hiasan 

KUALA LUMPUR: Seorang guru disyaki mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak terbabit. 

Difahamkan mangsa berusia 12 tahun itu sudah beberapa kali diperlakukan sedemikian rupa dan hanya diketahui keluarganya sekitar Julai lalu. 

Ibu mangsa berusia 40-an terkejut apabila melihat video perbuatan guru lelaki terbabit yang dihantar kepada anaknya. 

"Anaknya kemudian menceritakan apa yang berlaku di mana dia dipaksa guru terbabit. 

"Terbaru suspek sekali lagi membawa anaknya ke sebuah hotel lain di Genting Highlands pada 8 September lalu selepas habis waktu sekolah," katanya. 

Sumber berkata, ibu mangsa menghubungi guru terbabit selepas menyedari anaknya tidak pulang ke rumah namun suspek memberitahu dalam perjalanan ke sana bersama anaknya. 

"Malah ibunya turut meminta guru terbabit menghantar anaknya pulang semula namun tidak diendahkan. 

"Susulan itu, dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum pengurusan sekolah menasihatkannya membuat laporan polis," katanya, 

Bimbang dengan keselamatan, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling, kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (pindaan 2023)," katanya.
Previous Post Next Post