Murid tahun satu cedera dakwa dipukul guru

KESAN kecederaan yang didakwa akibat dipukul menggunakan pembaris besi pada bahagian belakang badan Abdul Fayyadh Rayyan Abdul Hisyam ketika ditemui di Kampung Guar Stesen di Yan. – MINGGUAN/OTHMAN YAHAYA


YAN: "Saya buat laporan polis untuk tindakan seterusnya terhadap guru lelaki yang memukul dan menampar anak saya kerana perbuatannya itu agak melampau".

Itu reaksi Siti Umairah Ramli. 28, ibu kepada murid tahun satu, Abdul Fayyadh Rayyan Abdul Hisyam, 7 yang didakwa telah ditampar dan dipukul oleh gurunya menggunakan pembaris besi kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia sedih dengan kejadian Ahad lalu itu kerana sepatutnya guru berkenaan menggunakan kaedah mendidik dan bukan menghukum, tambahan lagi anak sulungnya baru memasuki alam persekolahan.

"Saya kesal kerana selepas lima hari kejadian, guru itu di- fahamkan belum diambil tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Malah saya juga sering terdengar mereka menyebelahi guru itu dan menyalahkan saya kerana gagal mendidik anak menyebabkan saya tidak lagi boleh berdiam diri demi mencari kebenaran," katanya ketika ditemui semalam.

Akhbar itu juga melaporkan, ibu kepada dua anak itu berkata, dia mengetahui kejadian tersebut semasa menunggu Abdul Fayyadh pulang selepas selesai sesi persekolahan di sebuah sekolah rendah di Guar Chempedak pada waktu tengah hari pada hari kejadian.

"Saya hairan apabila anak memaklumkan dia tidak mahu datang Iagi ke sekolah esok kerana takut guru Ielakinya yang garang. Sambil menangis kesakitan, dia tunjuk bahagian belakang badannya yang lebam dan terdapat garis panjang yang didakwa dilakukan oleh gurunya.

"Saya melihat kecederaan itu rasa terkejut sebelum memujuknya untuk pergi mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Guar kemudian' katanya.

Menurut Siti Umairah, anaknya memberitahu dia mula ditampar dan dipukul oleh guru terbabit kerana gagal menyiapkan kerja sekolah pada sesi akhir pembelajaran hari berkenaan.

"Anak beritahu dia keletihan dan tertidur dalam kelas menyebabkan guru terbabit marah mula memukulnya.

Selepas kali pertama ditampar dan dipukul menggunakan pembaris, anak saya menolak meja menyebabkan guru berkenaan berang dan menamparnya un- tuk kali kedua," katanya.

Tambahnya, kali ketiga anaknya dipukul selepas dia enggan mematuhi arahan guru berkenaan untuk pergj ke tandas membasuh mukanya yang comot kerana menangis kesakitan akibat dipukul.
Previous Post Next Post