PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah selesai
menyalurkan peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
ke semua sekolah yahg layak
termasuk ke sekolah-sekolah
agama di bawah kerajaan negeri
pada 22 Mac lalu.
Menurut KPM, setakat 24 Mac
lalu, seramai 4,810,653 orang
murid menerima BAP dan 11,712
buah sekolah sudah mendapat
BAP yang disalurkan terus ke
akaun sekolah masing-masing.
Murid-murid berkenaan adalah yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan
Kerajaan (SBK); Sekolah Agama
yang berdaftar dengan Pihak
Berkuasa Agama Negeri; Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan Bahagian Pendidikan
Swasta KPM kecuali sekolah
antarabangsa dan sekolah ekspatriat.
Malah, murid-murid yang
bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah
Integriti dan Sekolah Henry
Gurney turut layak menerima
bantuan itu.
Pengesahan itu melegakan
para ibu bapa selepas keliru
dan kecewa kerana ada antara
sekolah anak-anak mereka terutama di bawah Yayasan Islam
Kelantan masih tidak menerima
wang bantuan itu biarpun sesi
baharu persekolahan sudah pun
bermula hampir dua minggu.
Kelewatan penerimaan wang
bantuan itu mengakibatkan
segelintir ibu bapa terpaksa menangguhkan dahulu pembelian
barangan persekolahan untuk
anak-anak mereka kerana kekangan kos sara hidup.
Sementara itu, di Kota Bharu,
Kelantan, agihan BAP kepada
semua sekolah di bawah seliaan
Yayasan Islam Kelantan (YIK)
sedang berjalan ketika ini.
Utusan Malaysia melaporkan, sumber YIK memberitahu, bayaran untuk bantuan itu
disalurkan secara terus kepada
sekolah bermula Selasa minggu
lalu.
Menurutnya, dianggarkan
40,000 pelajar YIK yang meliputi 93 sekolah layak menerima
BAP.
"Ia termasuk pelajar dari
Sekolah Bantuan Agama Kera-
jaan (SABK)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber memberitahu, agihan itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Sumber memberitahu, agi-
han itu dijangka dapat diselesai-
kan dalam masa terdekat._