Definisi 'soalan bocor' perlu diperjelaskan kepada umum - Pensyarah

Imej hiasan


Isu soalan bocor dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan suatu perkara baharu. Malah bukan sekali dua guru termasuk di pusat tuisyen atau kakitangan pentadbiran sekolah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membocorkan soalan.


Peperiksaan SPM kali ini menyaksikan hal yang sama apabila timbul dakwaan soalan Sejarah Kertas Dua didakwa bocor lalu tular di media sosial. Dikatakan, ia dibocorkan oleh guru yang mempunyai latar belakang sebagai penggubal soalan.


Isu yang tular itu juga mewujudkan pertikaian mengenai kelebihan pelajar di sekolah berasrama penuh (SBP) yang didakwa menerima soalan ramalan mirip kertas peperiksaan sebenar.


Malah terdapat juga pelajar yang meluahkan kebimbangan sekiranya mereka terpaksa menduduki semula peperiksaan Sejarah Kertas Dua jika terbukti berlaku kebocoran soalan.


Bagi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, menjelaskan hal terbabit hanyalah persepsi memandangkan masyarakat secara umumnya memberikan tumpuan kepada SBP.


"Masyarakat kita suka memberi fokus hanya kepada SBP. Bukan sekadar ketika SPM, malah sekolah-sekolah ini juga menjadi tumpuan sewaktu kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.


"Oleh sebab itu, apabila kerajaan mansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), masyarakat bising kerana memikirkan bagaimana anak mereka akan dapat masuk ke sana.


"Mereka tak melihat aspek kita tidak mahu sekolah berorientasikan peperiksaan dan melahirkan pelajar yang seimbang." katanya.


Hal ini katanya menyebabkan sama ada murid atau ibu bapa akan memberi tumpuan kepada apa sahaja yang berlaku di SBP termasuklah jika pelajar di situ menerima soalan ramalan yang mirip soalan sebenar.


Menurut Aminuddin, individu dilantik sebagai penggubal sonlan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mengkehendaki mereka supaya patuh dan tidak membocorkan sebarang maklu mat berkaitan peperiksaan kepada sesiapa pun.


Definisi bocor


Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malava. Profesor Madya Dr Mohd Nazri Abdul Rahman, berkata dalam hal ini definisi bagi soalan bocor harus diperjelaskan kepada umum sebelum menghakimi pertikaian yang berlaku.


"Apakah tafsiran sebenar soalan bocor? Adakah soalan itu di anggap bocor' kerana 100 peratus sama dengan kertas soalan sebenar atau adakah kertas peperik saan itu dianggap bocor' hanya kerana topik ramalan itu disenaraikan?


"Jika tindakan memberi topik ramalan ini dianggap satu kesalahan, maka jelaskan kepada guru supaya mereka tidak membuat soalan fokus atau topik ramalan." katanya.


Menurutnya, setiap guru mempunyai sifat ingin mendidik pelajar sehingga berjaya. Namun, kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini berkemungkinan menyebabkan kebaikan itu dima- nipulatlan.


Katanya, guru yang berpengalaman dalam mengajar pastinya sudah mengetahui pola soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mempengaruhi penggubalan kertas soalan. Budaya menyenaraikan topik ramalan ini, tegasnya sudah berlaku sejak dahulu. namun pada tahun ini pula, ia menjadi isu yang dibangkitkan.


"Bezanya, guru terlupa sekarang ini zaman teknologi maklumat. Pelajar boleh berkongsi dan tularkan mesej itu sehingga berla ku salah anggap. Cuma, jika guru memang berniat membocorkan soalan tersebut, saya fikir itu salah," katanya.


Menurut Mohd Nazri, implikasi daripada kertas peperiksaan bocor tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ia akan menjejaskan kredibiliti sistem pendidi kan dan peperiksaan negara. 


Dalam konteks peperiksaan SPM, katanya hal ini perlu dita- ngani sebaiknya kerana ia adalah titik tolak paling utama bagi tujuan memohon pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Selain itu, ia menentukan kejayaan pelajar dalam permohonan menyambung pengajian. 


Tambahnya, Bahagian Kemasukan Pelajar di Universiti Awam (UA) melalui sistem UPU menyaring permohonan pelajar berda sarkan keputusan peperiksaan serta terdapat program di universiti yang mensyaratkan temu duga sebelum diterima masuk. 


"Walaupun pelajar ada keputusan SPM yang baik, kita risau pelajar tak boleh nak menguasai maklumat yang lebih mendalam berkaitan program yang disertai. 


"Sekiranya situasi itu berlaku, pelajar akan berano tertekan dan alami kelesuan upaya disebabkan tidak dapat menguasai topik baharu itu kita bimbang." katanya.


Tambahnya lagi, seseorang penuntut di institusi pendidikan tinggi dituntut supaya berfikir secara kreatif bagi menyumbang sesuatu yang baharu dalam bidang diceburi.


Bagaimaapun, sekiranya pelajar tidak berupaya, maka itu antara penyebab berlakunya situasi pelajar menukar program di pertengahan semester.


Duduki semula peperiksaan 


Mengulas hal yang sama, Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, berkata bocor atau tidak sesuatu kertas soalan itu bergantung kepada keputusan siasatan pihak Lembaga Peperiksaan.


Jika terbukti ramai pelajar yang terbabit dan mendapat soalan bocor, maka pada pendapat saya, untuk untuk berlaku adil pelajar perlu menduduki semula peperiksaan.


"Walaupun kita faham pelajar berasa penat, namun jika Lembaga Peperiksaan memutuskan supaya pelajar perlu mengambil semula peperiksaan, kita perlu akur bagi memastikan peperiksaan itu nanti adil dan tiada unsur favouritism," katanya.


Bagaimanapun, tegas Sayed Alfeizal, pelajar perlu perbaiki sikap kebergantungan kepada soalan ramalan. Mereka sebaiknya berlatih menjawab set soalan percubaan SPM dari negeri lain di samping kertas sebenar tahun terdahulu bagi mengasah kemahiran menjawab.


"Daripada pengalaman menjawab set kertas percubaan inilah pelajar dapat mengenal pasti cara menjawab yang akan membantu mereka mendapatkan markah yang lebih tinggi.


"Sikap hanya ulang kaji soalan ramalan sahaja pada malam sebelum peperiksaan perlu dibuang." katanya.


Sumber asal: Berita Harian

Previous Post Next Post