JELI: Kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pengajian di politeknik dan kolej komuniti kerana lebih cenderung menceburi bidang ekonomi gig dan menjalankan perniagaan sendiri.
Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kamaludin Daud berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada tahun lalu, kira-kira 30 peratus lepasan SPM yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi manakala lebih 70 peratus langsung tidak membuat permohonan.
Menurutnya, mereka lebih berminat untuk menjadi peng- hantar makanan selain menceburi bidang kesenian melalui media sosial memandangkan ia semakin popular.
"Kekurangan
kemasukan
lepasan SPM bukan sahaja berlaku di politeknik dan kolej komuniti, sebaliknya situasi sama turut berlaku di institusi kemahiran dan teknikal lain.
"Ia berlaku apabila taraf ekonomi negara berubah sehingga menyebabkan ramai golongan muda lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian termasuk yang diusahakan oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, Politeknik Jeli di sini, semalam.
Kamaludin memberitahu, sehubungan itu, pihaknya telah mengadakan sesi bersmuka dengan pihak pemain industri untuk berbincang mengenai keperluan yang diperlukan melalui jurusan yang ditawarkan pihak politeknik dan kolej komuniti untuk pasaran kerja.
Kataya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa membuka peluang kepada lepasan SPM untuk melanjutkan ke institusi pengajian itu.
“Kita mengadakan dua sesi adakan pengambilan pelajar dalam setahun untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan yang di
tawarkan.
Pendidikan
"Kementerian Tinggi turut berusaha untuk menjadikan laluan politeknik ini sebagai satu pilihan utama bagi pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tinggi," ujarnya.