Tiada keperluan ubah waktu persekolahan bermula

Imej hiasan

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berpandangan tiada keperluan untuk mengubah waktu persekolahan Semenanjung bermula jam 8 pagi.

Menurutnya, sesi sedia ada ketika ini dilihat bersesuaian dengan keperluan pelbagai pihak, di samping pelaksanaannya telah lama dilakukan,

"Saya dapati sistem yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menimbulkan masalah kepada pelajar Bangun awal pagi itu memang sudah menjadi rutin.

"(Syor) ini adalah satu perubahan yang besar. Kita tahu masa yang telah ditetapkan itu ada kaitannya dengan jadual perjalanan bas sekolah dan waktu ibubapa menghantar anak-anak mereka. 

"(Sesi persekolahan) yang sedia ada dah dikira baik. Jika nak ubah, ia akan melibatkan sistem jadual waktu kelas secara keseluruhan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, KPM disaran supaya memulakan sesi per- sekolahan di Semenanjung ber- mula jam 8 pagi.

Cadangan yang dikemukakan oleh Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad bertujuan meraikan konsep Malaysia Madanidan slogan 'Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Dalam pada itu, Alimuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bag Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkata, peraturan sedia ada telah dibuat bagi memudahkan pergerakan semua peringkat mengikut sektor masing-masing.

"Kita dah ada peringkat tertentu. Misalnya, pertama sekali pelajar sekolah masuk, kedua pejabat kerajaan akan masuk antara jam 8 hingga 8.30 pagi diikuti sektor swasta jam 9 pagi.

"Peraturan sedia ada ini dibuat bagi memudahkan pergerakan semua peringkat supaya semua orang tidak keluar secara serentak," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya terdapat keperluan untuk membuat sebarang perubahan kelak, perbincangan secara terperinci perlu dibuat melibatkan pihak berkaitan.

"Pihak berkenaan perlu berbincang ter lebih dahulu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengetua, guru besar, guru-guru, pelajar dan juga komuniti lain bagi menilai setiap perubahan atau penambahbaikan yang hendak dilaksanakan," jelasnya.

Previous Post Next Post