Imej hiasan |
PETALING JAYA – Baru sahaja memasuki hari ketiga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), luahan pelajar berkenaan kesusahan menjawab kertas ujian Pendidikan Islam Malaysia (PAI) hari ini ‘trending’ di Twitter.
Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata pelajar SPM 2022 tidak menjangka soalan yang diperoleh hari ini berbeza jauh dengan topik ramalan yang digemburkan kepada mereka sebelum ini.
Topik-topik ramalan sebenarnya adalah perkara biasa apabila menjelang peperiksaan besar namun, topik ramalan hanyalah ramalan semata-mata dan tidak boleh dituruti 100 peratus.
“so many topic I have studied last night and all they ask is umur unta ngan lembu,” luah @hnndrh.
so many topic I have studied last night and all they ask is umur unta ngan lembu#SPM2022 pic.twitter.com/Q7U2t0D1l3
— han (@hnndrh) February 22, 2023
“expectations vs reality,” soal randomhotuser.
expectations vs reality#SPM2022 pic.twitter.com/hZGy7s7Idi
— 𖤍 (@randomhotuser) February 22, 2023
“me when i expect sunnatullah at question 1 but end up dakwah that appeared,” tulis @qiesotfspot.
me when i expect sunnatullah at question 1 but end up dakwah that appeared #SPM2022 pic.twitter.com/d66phZCIVh
— my (@qiesoftspot) February 22, 2023
Selain ramai pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk cemerlang untuk subjek PAI hari ini, ramai juga tetap tenang dan mula melakukan persediaan bagi menghadapi ujian subjek Sejarah kertas satu dan dua esok.
“Apa nk jadi jadilah esok sejarah kita kena lulus jugak utk misi dptkan sijil ,” ciap @husna679412272.
Apa nk jadi jadilah esok sejarah kita kena lulus jugak utk misi dptkan sijil #SPM2022
— husna🖤 (@husna679412272) February 22, 2023