Keberkesanan DLP di sekolah dipersoalkan

Imej hiasan

Sejauh maa Program Dwibahasa (DLP) membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid?


Hal ini menarik perhatian kerana DLP walaupun dimulakan sejak 2016, ia masih dipertikai kan kerana didakwa mampu mencipta jurang kaya miskin dalam masyarakat selain tidak menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris.


Baru-baru ini misalnya, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad dalam hantaran di laman sosialnya turut menekankan hal serupa malah katanya, DLP tidak memberi situasi menang menang sebaliknya, ada sebahagian pelajar yang terkorban.


Dalam hal ini, Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Ko- muniti, Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata DLP adalah 'hantu' Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan ia tidak sepatutnya wujud bersesuaian dengan Dasar Pendidikan. Kebangsaan (DPK) 1971.


"Sesuai DPK, bahasa Melayu akhirnya lengkap sebagai bahasa pengantar ilmu sehingga di pe ringkat universiti termasuk bagi bidang sains dan teknologi sela- ma 20 tahun sejak tahun 1983.


"Manakala sejumlah 55 juta pelajar dihasilkan melalui pembelajaran dalam bahasa Melayu sehingga tahun 2002. Ratusan ribu lulusan sarjana dan kedoktoran terhasil daripada DPK yang menyumbang kepakaran bagi pembangunan negara. 


"Malangnya apabila PPSMI diperkenal, semua cerita kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khasnya dalam bidang sains dan teknologi hancur sekelip mata," katanya.


Katanya, kewujudan DLP tidak memandaikan bangsa tetapi sebaliknya apa yang berlaku adalah 'tangan yang luka tetapi kaki yang dibalut.


Beliau menyifatkan DLP diwujudkan penuh dengan "tipu helah atau muslihat, bermula dengan soal selidik berat sebelah dan pelaksanaan yang kononnya sukarela selain didakwa tidak memerlukan kelulusan Kabinet kerana la bukan dasar.


"Pelbagai bantahan, memorandum dan pertemuan dengan pimpinan kerajaan terdahulu termasuk Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan sudah dibuat namun semuanya membisu dan tiada keberanian untuk meman- suhkan DLP.


"Berdasarkan maklumat terkini, semua subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) masih diajarkan dalam bahasa Inggeris. Sedangkan IPGM menyediakan bakal pendidik yang akan mengajar dalam sistem pendidikan di Malaysia.


"Justeru dengan status quo itu, ia membayangkan DLP akan diteruskan lagi yang kini sudah dilaksanakan di 1,000 sekolah berbanding pada awalnya hanya 300 sekolah.


"DLP ini umpama sedang 'membunuh bahasa negara sen diri," katanya.


Susulan itu, beliau berharap kerajaan hari ini dan Kementerian Pendidikan (KPM) dapat melihat kembali dan mengkaji kesilapan dalam dasar pendidikan itu demi masa depan negara serta generasi muda Malaysia.


Perlu kaji semula 


Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, turut berpendapat objektif sebenar pelaksanaan DLP harus dise mak semula bagi memastikan keberkesanannya mencapai tahap optimum.


Katanya, dua perkara perlu dilihat oleh KPM iaitu adakah objektifnya untuk memastikan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris atau untuk meningkatkan penguasaan Sains dan Matematik yang tidak berkait pun dengan subjek Bahasa Inggeris. 


"Kalau hendak memperkukuh kan bahasa Inggeris, perkasakan subjek berkenaan kerana jika bahasa Inggeris ini diajar dalam Sains dan Matematik, ia tidak membantu sama sekali.


"Adakah degan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pelajar itu akan cemerlang? Sebenarnya, belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu juga pelajar akan cemerlang," katanya.


Tambahnya, Pelan Pembangunan Pendidikan hampir tamat menjelang tahun 2025, justeru KPM perlu ambil kesempatan ini untuk mengkaji semula arah tuju pendidikan negara.


Apatah lagi katanya, terdapat sekolah yang tidak mampu menyediakan guru pakar mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akhirnya terpaksa menggunakan bahasa Melayu.


Jelasnya, DLP mewujudkan ketidaksamarataan peluang pada masa hadapan untuk pelajar.


"Kajian lepas menunjukkan PPSMI yang pernah dilakukan dulu merekodkan prestasi pelajar menguasai Sains dan Matematik juga merundum. Jadi jelas secara umum bahawa DLP ini belum mencapai hasrat yang diinginkan oleh kerajaan," katanya.


DLP bebankan guru 


Sementara itu bagi seorang guru, M Khalimi Dalhan, DLP katanya tidak mendatangkan masalah sekiranya seorang pelajar itu sudah menguasai bahasa Inggeris, jadi mudah untuknya memahami apa yang diajar oleh guru Sains dan Matematik.


Katanya, tiada istilah double standard atau jurang kerana ia adalah pilihan kepada murid.


Tegas M Khalimi, isu DLP ini sebenarnya berkaitan dengan dasar pendidikan negara dan bukannya keberkesanan terhadap pelajar kerana polemiknya antara KPM dan ibu bapa selain memperjuangkan jati diri.


Justeru, beliau secara peribadi melihat DLP dan sebelumnya PPSMI berlaku disebabkan oleh campur tangan politik.


"Tetapi jika kerajaan boleh tegas, wajibkan saja semuanya dalam bahasa Melayu kecuali untuk subjek bahasa Tamil, Cina dan bahasa kaum Bumiputera yang lain," katanya.


Sumber: Berita Harian


Previous Post Next Post