Sekadar gambar hiasan |
Pada 22 Mac 2021 yang lalu, NUTP telah pun mengeluarkan satu kenyataan berkenaan tugas guru yang tiada kuasa eksekutif tidak perlu pun berada di sekolah ketika cuti sekolah.
"Terdapat sebilangan pentadbir sekolah mengeluarkan arahan agar guru akademik bergilir-gilir bertugas di sekolah semasa cuti penggal," katanya dalam satu surat siaran yang disiarkan pada hari ini.
NUTP masih berpendirian guru akademik tidak seharusnya diminta untuk bertugas di sekolah semasa cuti penggal kerana mereka tidak ada kuasa eksekutif.
Dalam pada itu, jika merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas bilangan 5 tahun 1977 berkaitan dengan Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan ada dinyatakan di para 4 agar Pentadbir Sekolah merancang segala tugas pada waktu cuti penggal sekolah lebih awal supaya tugas-tugas dapat dibahagikan dengan lebih saksama dan teratur.
"Kementerian Pendidikan (KPM) juga bersetuju pada prinsipnya guru-guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalankan tugas ketika Guru Besar / Penolong Kanan tidak bercuti semasa cuti penggal," katanya lagi.
Ahli-ahli NUTP dinasihatkan membuat aduan jika sekolah mereka terlibat dengan perkara di atas.