Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan |
PETALING JAYA: Kemeterian Pendidikan (KPM) perlu menyediakan piawaian jelas bagi pemarkahan dari pelbagai aspek dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, dengan pe- nyediaan piawaian yang betul, markah diperoleh pelajar akan setanding dengan pres- tasi mereka.
Menurut beliau, tanpa piawaian itu, dikhuatiri ada sekolah yang sengaja memberi markah tinggi kepada pelajar mereka tanpa menilai dengan teliti, semata-mata untuk kepentingan sendiri dan menaikkan nama sekolah.
"Penilaian dilakukan oleh sekolah berlainan terhadap pelajar membuatkan pelajar yang hampir sama pencapaian akademik dan potensi, mungkin mendapat markah berbeza.
"Cara tersebut membuatkan tidak ada penilaian yang dapat dibuatkan secara adil dan saksama," kata beliau ke- tika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor- kan meminta, ibu bapa memberi ruang dan kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS. Menurut beliau, pelaksanaan tersebut dapat menilai pelajar dengan merangkumi aspek potensi diri atau proses terhadap ansur maju pada kanak-kanak.
Mohamad Ali berkata, penilaian PBS terutama dari segi potensi pelajar oleh guru-guru yang berbeza mungkin menyukarkan usaha mengenal pasti bakat yang ada dalam diri setiap murid.
Katanya, selain itu terdapat kelemahan dalam pelaksanaan PBS jika dilihat dari segi perbezaan kemudahan. di sekolah di bandar dan luar bandar, mahupun kawasan pedalaman.
Beliau berkata, kelemahan dan kekurangan yang ada pada kemudahan sekolah berkenaan juga membuatkan pelajar mungkin sukar bersaing.
"Kekurangan kemudahan tersebut menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar di sekolah berkenaan mungkin kurang mahir dalam sesetengah perkara.
"Pada pendapat saya, seseorang pelajar tersebut perlulah celik internet dan mempunyai kemahiran asas dalam sains dan teknologi, barulah boleh seiring dengan pelaksanaan ini," katanya.
Di samping itu, katanya, walaupun PBS dinilai dari segi pencapaian akademik dan potensi pelajar, namun jika mereka terlalu menyerlah, dikhuatiri kurang menguasai asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
"Jika bakat luar biasa dapat dikesan pada seseorang pelajar, kementerian boleh mengambil inisiatif agar pelajar tersebut dapat pergi lebih jauh dengan potensi dimilikinya," katanya.