Muat Turun SPI KPM Bil. 2/2023: Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

Surat Pekelilig Ikhtisas (SPI) ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Panitia mata pelajaran merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang, mengurus dan menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum. 

Pengurusan panitia mata pelajaran yang berkesan dapat memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. 

Panitia mata pelajaran yang berkualiti juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan global.

Garis Panduan Pengurusan Panitia

Garis Paduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini adalah sebagai rujukan kepada pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah yang merangkumi:

  • Kriteria Pemilihan Ketua Panitia;
  • Tujuan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran;
  • Struktur dan Organisasi Panitia Mata Pelajaran; Peranan Panitia Mata Pelajaran;
  • Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran;
  • Peranan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran; dan
  • Pengurusan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
SPI ini berkuatkuasa serta-merta maka maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986: Panitia Mata Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986 adalah terbatal.


Previous Post Next Post