Surat Pekelilig Ikhtisas (SPI) ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Mulai Sesi Akademik 2022/2023.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara. PBS yang bersifat holistik merangkumi pengukuran aspek kognitif, afektif dan psikomotor mula dilaksanakan pada tahun 2011 di sekolah rendah dan tahun 2012 di sekolah menengah.
Dengan berkuat kuasa SPI ini, maka SPI dan surat siaran berikut adalah dibatalkan:
- Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 bertarikh 22 Februari 2011;
- Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah bertarikh 29 Julai 2011;
- Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertarikh 31 Mac 2014;
- Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 5 Tahun 2018: Format Instrumen Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Bagi Mata Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mulai Tahun 2019 bertarikh 29 November 2018; dan
- Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.1/2019: Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Mulai Tahun 2022 bertarikh 24 Mei 2019.