Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) tidak bertoleransi terhadap perlakuan ganas seorang jurulatih yang tular di media sosial hari ini selepas dikesan menampar dua orang pemainnya dalam satu kejohanan di Kota Tinggi, Johor.
Jurulatih tersebut dipercayai bertindak sedemikian ketika membimbing pasukan Melaka ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun yang diadakan 16 Disember lalu.
Insiden itu telah mendapat perhatian beberapa pihak antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mantannya, Datuk Seri Faizal Azumu, yang menyelar tindakan berkenaan, manakal Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut isu yang tular ini kerana membabitkan pelajar bawah umur.
Susulan itu, MAVA mengambil keputusan untuk menggantung jurulatih berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.
“MAVA telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu badan siasatan menyiasat kejadian tersebut dengan serta merta. MAVA juga akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan serta pihak berkepentingan.
“MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan MAVA,” jelas badan induk menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. - Utusan