Imej hiasan |
Sehigga kini sekurang-kurangnya sekitar 350 juta orang di seluruh dunia menjadi pengguna berdaftar media sosial. Angka itu diperoleh berdasarkan kajian oleh Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan yang turut menyebut kebanyakan mereka tertumpu ke- pada laman Facebook, Twitter, WeChat, Whatsapp, Youtube dan Instagram.
Selain orang dewasa, remaja juga turut menjadi pengguna berdaftar. Hal ini bukan luar biasa berdasarkan akses kepada internet semakin luas, sementara pemilikan pelbagai gajet kini sudah menjadi sebahagian gaya hidup.
Walaupun kita bercakap mengenai seribu satu kebaikan teknologi maklumat dan peranti canggih serta bagaimana informasi adalah di hujung jari dengan adanya media sosial, namun masih ada terdapat sisi gelapnya yang perlu diperhatikan.
Misalnya, dalam kalangan pelajar penggunaan yang keterlaluan akan mengakihatkan ketaasuban sehingga mampu mengabaikan pelajaran. Hal ini tentu sahaja bukan luar biasa apatah lagi bagi kanak-kanak sekolah.
Hasilnya, mereka tidak lagi mampu memfokus kepada pembelajaran. Apatah lagi jika menghabiskan masa di sebelah malam dengan melayari pelbagai laman sosial. Akibatnya, mereka gagal bangun awal untuk bersiap ke kelas atau jika ke kelas tidak mampu lagi memberi tumpuan kepada pelajaran.
Hal tidak cukup tidur ini menyebabkan berlaku peningkatan risiko pelbagai gangguan metabolik seperti obesiti, diabetes dan ketidakpekaan insu- lin. Kesan gangguan tidur juga ditemui dalam penyatuan memori prospektif dan pengekodan yang seterusnya memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran.
Badan dan otak lesu
Malah, terdapat juga kebimbangan daripada pakar psikiatri yang mengaitkan penggunaan gajet sejam sebelum tidur boleh menyebabkan badan dan otak menjadi lesu.
Dari sisi lain, ruang komunikasi luas dan terbuka di laman sosial juga memudahkan data peribadi kita diakses. Hal ini membawa kepada isu lain misalnya penipuan (scammer) yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit. Ini termasuk kes penipuan cinta (love scam) yang membabitkan semua golongan. Bukan hanya membabitkan jutaan beribu ringgit ada juga yang diugut berikutan tindakan berkongsi gambar yang tidak sepatutnya.
Penggunaan media sosial sebaiknya dikawal dengan bijak. Kita harus ingat, kehidupan di luar gajet adalah realiti. Ketaasuban kepada media sosial perlu dibendung sebaiknya.
Hal ini kerana kebergantungan kepada gajet jika tidak dikawal akan mendatangkan akibat buruk kepada diri. Misalnya, ketagihan media sosial adalah disebabkan oleh kehadiran dopamin dalam diri manusia. Saintis menyifatkan dopamin adalah satu bahan kimia keseronokan di dalam otak, akan tetapi dopamin yang sebenarnya berlaku apabila mempunyai kehendak.
Dopamin menyebabkan manusia mencari dan berkeinginan. Pengguna yang ketagihan iaitu taasub merasa terdorong untuk menggunakan media sosial secara berlebihan.
Kebiasaannya, bagi pelajar mereka ingin me ngekalkan rangkaian sosial jadi cenderung untuk mempunyai simptom yang dikaitkan dengan ketagihan tingkah laku seperti ingin menonjol diri dalam media sosial. Fenomena itu dikenali sebagai ketagihan rangkaian sosial.
Justeru, pelajar akan lebih meluangkan banyak masa dengan media sosial sehingga menjejaskan aktiviti lain seperti mengulang kaji pelajaran. Akhirnya, ketagihan media sosial menyebabkan masa berkualiti pelajar tidak dimanfaatkan dengan sebetulnya.
Apatah lagi apabila mereka mula terpesona de ngan visual pempengaruh yang gemar mempromosi gaya hidup mewah. Justeru, tidak mustahil ada yang berasakan belajar tidak lagi menyeronokkan. Mereka sebaliknya lebih tertarik untuk mencari wang mudah di laman sosial.
Apa tidaknya, sebagai contoh saluran YouTube seorang pempengaruh misalnya mampu mencecah langganan sebanyak 4.55 juta dengan perolehan sekitar RM189,000 setiap bulan!
Namun, akhirnya adalah nilai wang lebih besar berbanding ilmu? Tepuk dada tanyalah minda.
Anis Shamila Ab Rahim | Universiti Pendidikan Sultan Idris