Guru maut motosikal terbabas langgar penghadang jalan


SUNGAI PETANI, 27 Disember- Seorang guru maut dalam nahas di Kilometer 91.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nasuha Mustaffa, 34, berasal dari Kampung Alor Melintang Mukim Gunong, Alor Setar. 

"Dalam kejadian pukul 8.35 pagi itu, mangsa yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah sedang menunggang motosikal bersendirian dari arah utara menghala ke selatan. 

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan. 

“Akibat pelanggaran itu mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 


(Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan) 

Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Previous Post Next Post