Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu.
• PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu
• PEMIKIRAN KRITIS DAN PENAAKULAN: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan
• KEUPAYAAN BELAJAR: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
MEROMBAK PEPERIKSAAN KEBANGSAAN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK MENINGKATKAN SECARA BERPERINGKAT PERATUSAN SOALAN YANG MENTAKSIR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfi kir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza.
Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.
Berikut dikongsikan ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH MENENGAH (BIDANG BAHASA)