Muat Turun Item Contoh Pentaksiran KBAT Sekolah Rendah

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. 

Kemahiran berfi kir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting

• PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu

• PEMIKIRAN KRITIS DAN PENAAKULAN: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan

• KEUPAYAAN BELAJAR: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

MEROMBAK PEPERIKSAAN KEBANGSAAN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK MENINGKATKAN SECARA BERPERINGKAT PERATUSAN SOALAN YANG MENTAKSIR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. 

Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfi kir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. 

Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

Berikut dikongsikan ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH 

Previous Post Next Post