Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian


Setiap penjawat awam yang ingin ke luar negara atas urusan peribadi atau pun tugas perlu mengisytiharkan tindakan mereka. 

Ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 yang kemudiannya dibuat sedikit pindaan untuk penjawat awam yang sering berulang alik dan bertugas di sempadan negara melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 1 2014.


Di samping itu juga, penjawat awam perlu mengambil insurans kesihatan yang dibiayai secara percuma oleh kerajaan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 2015.

Untuk berbuat demikian, penjawat-penjawat awam boleh mengisi borang permohonan perjalanan di pautan bawah:

Muat Turun:
Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (PDF)
Previous Post Next Post