Imej hiasan |
Asas pembinaan kemenjadian murid terletak kepada kejayaan sistem pendidikan berkualiti, selari dengan perkembangan kurikulum kebangsaan digubal dan diselaraskan Kementerian Pendidikan (KPM).
Sistem pendidikan berkualiti bakal menentukan hasil pencapaian murid dalam usaha memastikan kemenjadian modal in. san yang diinginkan semua pemegang ta ruh mencapai matlamatnya.
Justeru, asas keutamaan perlu dilaksanakan KPM adalah membina satu kurikulum memenuhi piawaian antarabangsa serta menjadikan pendidikan di Malaysia
sentiasa berdaya saing. Justeru, ia perlu memberi penekanan kepada as pek kemahiran berfikir aras tinggi melalui kema hiran berfikir secara kritis dan kreatif, penyele. saian masalah secara konstruktif serta efisien dan serta penghasilan inovasi berkualiti.
Untuk itu, kurikulum kebangsaan perlu sentiasa disemak dan disesuaikan dengan perkembangan semasa bagi tujuan melahirkan generasi seimbang serta mempunyai elemen kalis masa depan dengan kewujudan perkembangan internet benda (IoT), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), keusahawanan, pengurusan acara serta memacu pendidikan abad ke-21.
Bagi memastikan murid mampu menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pendidikan abad ke-21 ini, mereka perlu didedahkan dengan kemenjadian bakat, nilai murni, potensi diri dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu untuk bersaing pada peringkat antarabangsa.
Namun, KBAT perlu selari dengan enam aspirasi murid seperti dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan mempunyai pengetahuan, kemahiran ber fikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibaha. sa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Perkasa kemahiran berfikir pelajar
Semakan kurikulum sering dilaksanakan antaranya Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam kurikulum kebangsaan sejak 1994 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Seterusnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula diperkenalkan mulai 2011 sehingga kini sebagai usaha memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul.
Pelbagai kemahiran berfikir digabungkan se. hingga menghasilkan satu tema dikenali sebagai KBAT bagi tujuan melahirkan pelajar mampu membuat pertimbangan dan keputusan secara tepat serta penilaian adil lagi matang dalam me. nyelesaikan masalah.
Pelaksanaan KBAT mula menjadi satu anjakan paradigma dalam sistem kurikulum negara bagi tujuan menghadapi persaingan global semakin sengit dalam persekitaran ekonomi dipacu inovasi serta berhadapan dunia dilatari pergolakan, ketidakpastian, kompleks dan kekaburan (VUCA).
Justeru, pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan perlu diperkemaskan menerusi penggunaan pendekatan menyeluruh dan sistematik merangkumi tujuh elemen
Tiga elemen utama adalah kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.
KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal, tetapi juga memahami dan mengetahui apa yang mereka pelajari serta menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.
Apa yang penting, pelaksanaan KBAT perlu disuburkan dalam pembelajaran dan pengajaran (PAP) supaya kemenjadian murid dapat dicapai secara seimbang dan menyeluruh serta mempunyai elemen kalis masa depan yang mampu berhadapan dengan cabaran dunia VUCA.
Berita Harian | Dr Zuraimy Ali
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari | (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis