Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini mempelawa inflluencer guru terkenal yang mempunyai setengah juta pengikut di Facebook itu untuk bertemu dan berbincang mengenai apa yang telah beliau dedah dan lakukan di laman media sosial.
"Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh.
Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa." kata beliau.
Baca: Berdepan tindakan tatatertib, influencer guru terkenal dedah 'perkara sebenar' di FB
Radzi membuat undangan tersebut setelah influencer tersebut memuat naik dan mendedahkan beberapa keping surat tunjuk sebab dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atasnya akibat perbuatan beliau mengkritik dasar-dasar yang telah dilaksanakan kerajaan.