Kerajaan bakal umum diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN - PM

Imej hiasan


SHAH ALAM: Kerajaan bakal mengumumkan berita baik membabitkan pemberian diskaun untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bermatlamat meringankan beban golongan belia, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kita akan mengumumkan diskaun kepada peminjam PTPTN dari segi bayaran balik, untuk kategori tertentu," katanya.

Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi Daftar Sekarang

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Awam Bersama Perdana Menteri bersempena Program Idea Bina Negara bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

 

Previous Post Next Post