KUALA LUMPUR – Sebanyak RM825 juta bantuan awal persekolahan diperuntukan bagi meringankan beban murid dan ibu bapa.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian tersebut telah ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.