Bajet 2023 | Penjawat awam terima bantuan khas RM700, pesara RM350, bantuan Aidilfitri RM600


KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan. 

Bayaran itu dibuat bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023. 

Selain itu, kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700, menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada 2023 adalah sebanyak RM2,500.
Previous Post Next Post