Tular sekeping foto kain rentang yang menggesa Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah mengambil tindakan terhadap seorang Pengetua dan Penolong Kanan sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
"Kami Guru SMK Senaling mohon pihak KPM/JPNS/PPD Kuala Pilah memindahkan segera pengetua (tiada hati perut) dan penolong kanan pentadbiran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling dengan kadar segera untuk mengelakkan lebih ramai guru tertekan dan sakit akibat tindakan mereka yang menindas guru-guru,
"Kemenjadian dan kecemerlangan murid terhalang dengan sikap pentabiran yang berlandaskan emosi tanpa rasional,
"Kami sudah muak dengan perangai pentadbir yang suka mengugut guru-guru!"
Rata-rata netizen agak tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Malah ada yang beranggapan ianya tidak dibuat oleh guru sendiri kerana terdapat banyak kesilapan ejaan.
Apa-apa pun kami berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik.