Gambar hiasan |
Sanggup menipu alamat, mengharung perjalanan seawal jam lima pagi malah bersesak-sesak belajar di sekolah dengan jumlah murid yang padat bukan luar biasa bagi sesetengah ibu bapa.
Semua itu sanggup diharungi demi memastikan anak-anak dapat belajar di sekolah yang dianggap berprestasi tinggi.
Walaupun mungkin sesetengah orang berpendapat murid menentukan kecemerlangan diri sendiri namun perlu diakui kemudahan disediakan oleh sekolah yang dianggap berprestasi tinggi jauh lebih baik ber banding yang lain sekali gus ia mampu mempengaruhi pembelajaran murid.
Hal ini diakui oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, Kuala Lumpur, Patrick Choo Chin Wah, yang menyebut kecemerlangan bukan sahaja datang daripada murid atau sekolah tetapi ia juga hasil kerjasama seluruh warga sesebuah institusi pendidikan termasuk ibu bapa, PIBG, lembaga sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM), komuniti kawasan itu malah kakitangan pentadbirannya.
Katanya, bukan luar biasa apabila ada dalam kalangan ibu bapa memilih untuk menyekolahkan anak mereka jauh dari rumah disebabkan faktor pencapaian cemerlang sesebuah sekolah.
"Sebagai ibu bapa, memang menjadi harapan kami untuk menghantar anak ke sekolah yang berprestasi tinggi dengan barisan tenaga pengajar berkualiti.
"Ketika ini juga kami melihat faktor sekolah dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) walaupun lokasi agak jauh dari kediaman.
"Secara peribadinya, usaha KPM memperkasakan prestasi guru dan menyediakan kelengkapan ICT mendorong ibu bapa untuk menghantar anak ke sesebuah sekolah," katanya.
Tenaga pelajar berkualiti
Beliau berkata, jika semua sekolah diselaraskan dengan pem. belajaran standard seperti bahan digital dan ICT yang lengkap selain tenaga pengajar berkualiti, pastinya sikap pemilih ibu bapa tidak timbul.
"Jika dilihat zaman kami dulu bersekolah, tiada istilah Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), cuma sekolah harian biasa sahaja.
"Namun ketika ini zaman teknologi maklumat (IT), pastinya persekitaran sekolah perlu me. menuhi keperluan itu demi pem belajaran lebih baik
"Jika sekolah tiada persekitaran yang bagus dan bahan bantu pembelajaran juga tidak sempurna maka ia dikhuatiri menjejaskan prestasi murid seterusnya menyebabkan ibu bapa memilih sekolah kecemerlangan walaupun jauh dari kediaman mereka," katanya.
Tegas beliau, senario itu boleh diubah jika persekitaran setiap sekolah dipertingkatkan.
Bagi merealisasikan impian ini katanya pastinya ia memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak bukan sahaja perlu bergantung pada kementerian semata-mata. Sebaliknya ia juga memerlukan kerjasama PIBG dan komuniti sekolah.
Baru-baru ini Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata KPM sedang dalam usaha memperkasakan sekolah harian bagi memastikan ia setanding dengan sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa.
Ia merangkumi langkah meningkatkan perancangan pembangunan sekolah, bagi memastikan kualiti dan fasiliti sekolah ditingkatkan.
Hal ini susulan tindakan sesetengah ibu bapa memilih menghantar anak-anak ke sekolah tertentu yang dirasakan lebih baik berbanding sekolah lain.
Situasi itu secara tidak langsung mewujudkan ketidakseimbangan jumlah pelajar apabila ada sekolah yang mendapat permintaan tinggi akan terus padat dengan murid.
Sementara itu, bagi Pengarah Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (NICE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Kama Shaffeei menyifatkan pemilihan sekolah yang terbaik oleh ibu bapa tidak salah. Ia adalah usaha ibu bapa untuk memberi pendidikan terbaik untuk anak mereka.
Katanya, inisiatif ibu bapa memilih sekolah adalah melihat kepada kecenderungan anak mereka dalam pembelajaran dan pencapaian prestasi sekolah yang dipilih
Sistem pendidikan negara semakin berkembang
Walaubagaimanapun, katanya, senario itu turut berlaku disebabkan beberapa faktor lain antaranya latar belakang ekonomi, faktor promosi pendidikan, minat anak dan persekitaran pembelajaran.
Beliau berkata, persepsi ibu bapa boleh diubah jika beberapa inisiatif diambil bagi membuka minda mereka bahawa sistem pendidikan negara semakin berkembang termasuklah penyediaan kemudahan pembelajaran yang lengkap di setiap sekolah dalam negara.
"Kepentingan sesebuah sekolah melaksanakan promosi pembelajaran memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat murid dan ibu bapa.
"Penyediaan pembelajaran yang baik selain aktiviti sokongan dapat merangsang minat murid seperti aktiviti memanah atau berenang sebagai contoh," katanya.
Selain itu katanya, kepakaran guru dalam subjek teras dan kemahiran juga boleh mendorong ibu bapa memilih sekolah bagi pendidikan anak mereka.
Kama berkata, beberapa tindakan segera perlu diambil pihak berkaitan dalam mengekang isu 'melangkaui lima hingga enam sekolah untuk menghantar anak ke sekolah tertentu saja.
Selain usaha yang dibuat KPM untuk memperkasakan sekolah harian lain, ibu bapa juga perlu dimaklumkan mengenai kemampuan semua sekolah menyediakan pembelajaran kondusif tidak kiralah di mana lokasinya.
"Dari sudut peranan KPM, amat penting guru diberikan kursus dan pendedahan pedagogi yang terkini dalam usaha memberi impak kepada pembelajaran murid," katanya.
Tambahnya, faktor gaya kepimpinan pentadbir sekolah juga memberi nilai tambah dalam pemilihan sekolah oleh ibu bapa.
"Pentadbir sekolah yang menitikberatkan keperluan pendidikan murid dan kebajikan guru memberi kesan dalam perkara ini.
"Pentadbir sekolah yang prihatin akan memberi nilai tambah dalam pendekatan pembelajaran murid. Ia akan menjadi tarikan kepada ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah itu.
"Sokongan pentadbir yang berwawasan dan berwatak mampu menterjemah kemenja. dian murid pada masa depan selaras dengan inisiatif enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Ma. laysia (2013-2025)," katanya lagi.
Kama menjelaskansistem pendidikan negara amat me. merlukan sentuhan tersendiri dengan kepakaran penyelidik sedia ada bagi menambah baik pengajaran guru.