Imej via FB Muhammad Nazmi |
Cikgu Muhammad Nazmi sebelum ini popular dengan idea-idea PdPC kreatif telah pun dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PKP).
Sepanjang beliau memegang tampuk PKP selama setahun, beliau telah membuat pemerhatian bagaimana guru-guru menguruskan PdP masing-masing terutama dalam penghasilan RPH.
Jom ikuti refleksi beliau:
Refleksi aku selepas setahun menjadi PK1 ☺️
Imej via FB Muhammad Nazmi |
1. RPH guru akan ‘ke laut’ bila…
… bila dia busy.
Hasil pemerhatian aku, RPH guru SPBT akan ‘lari’ sikit bila musim pengurusan buku teks muncul,
RPH guru sukan pula bila tiba musim sukan, RPH penyelaras PBD ke laut di minggu dia kena key in data PBD, m
RPH guru tari guru seni ke laut pula bila musim karnival seni, waktu dia sibuk training budak siang malam
Pendek kata semua guru ni kalau petang busy & malamnya kena berjaga buat kerja key in data,
pada minggu tu boleh nampak RPH dorang ‘lari jauh’ sikit dari biasa.
Macam sorang penyelaras SKPMg2 sorang ni, di minggu dia nak key in data tu, fuh ke laut berenang RPH nya.. nampak asal ada saja 😂
Nak sebut RPH kat depan dia pun boleh kena jeling oh. 😂
Ni baru kajian aku ke atas RPH dorang, belum lagi kira masuk observe kelas cikgu time cgu busy. Jangan la pula kita tempah maut nak observe kelas dia time dia tak tidur 3 hari isi data. Kena siram karang. 😂
2. Semakin pegang banyak kelas/ subjek, semakin tak nampak Kreativiti dalam aktiviti dalam kelas
Bila tahap kurang sangat guru, aku baca RPH pun nampak guru macam rushing buat segalanya.
Ye lah, sampai 6, 7 kelas sehari, objektif RPH kadang takda kaitan dengan aktiviti sebab banyak gila RPH kena buat & RPH pula kena ada 1001 benda dalamnya, tak ramai orang sedar nak rungkai DSKP ke objektif pembelajaran pun bukan senang.. nak buat sampai 7,8 kali sehari untuk tiap2 hari,, fuhh..
ABM of course tak sempat buat,
Di sebabkan banyak gila kelas, cikgu akan semak buku dalam kelas, 40% masa dalam kelas beliau akan duduk di depan semak buku. Yelah mana larat nak bawa semua buku & latihan balik rumah. Banyak ooo. Especially staff yang belum mampu afford kereta, ulang alik pakai motor atau tumpang member.
3. Kreativiti dalam kelas almost impossible bila...
Waktu free cikgu di kacau.
Habis kelas, petang meeting, koko, balik rumah hadap jem, hadp jalan jauh, ada lagi meeting online, buat data minit mesyuarat, pelaporan failing,, setel semua jam 3 pagi..
jangan harap lah nak cikgu ni duduk sejenak mencari inspirasi Kreativiti untuk apa nak ajar esok dengan secawan kopi pada waktu ni..
Jam 3 kot.. 😂
Korang kena faham, idea bukan senang dapat, lebih2 lagi idea kreatif.. kadang duduk berjam2 pun tak dapat..
Inikan pula time busy kerja bertimpa-timpa.. 😂
Dan bila aku detect aktiviti menarik dalam PDPC staff, kajian aku dapati dalam 2 3 hari before (especially sehari sebelum) dorang free sikit,. Ada masa belek2 buku teks, belek dskp cari idea, pusing2 internet sikit, and buat abm.. hasilnya power juga..
Sampai ada yg aku tengok idea dorang ni marketable.
“Cikgu sekarang tak kreatif! Terlampau berada di zon selesa!”
Jujur bagi aku, orang sembang macm ni, dia sendiri pun jarang nak ada idea kreatif, jadi dia tak tau penat payah perah idea. 😅
Macam pegawai yang balik2 paksa2 kita berinovasi,
Dia sendiri belum pernah ada apa2 inovasi,.
Cikgu2 yg dia marah balik2 ni pula almost tiap hari masuk kelas dengan inovasi PDPC baru.
4. Sekolah kecil, fokus kepada kekuatan saja, jangan buang masa kejar semua
Contoh, program wajib koko ada 10. Sekolah besar ada 80 guru, sekolah kecik ada 9 guru.
1 program koko tu boleh di setel oleh 10 orang guru sekolah besar, yang lain boleh fokus mengajar,
Dorang kemudian take turn bagi cgu lain pula handle 9 lagi prorgam lain.
Manakala.
1 program koko di sekolah kecil, di handle oleh semua 9 orang guru tu.
9 program koko lain pun turut di handle guru sama, berturutan setahun-tahun.
Lah bila nak fokus PDPC nya dah semua asyik busy terlibat sana sini.
Sebaiknya di sekolah kecil begini di beri kelonggaran sikit oleh pihak atas.
And di peringkat sekolah pula, fokus kekuatan kita, jangan nak terkejar2 dengan sekolah lain.
Sekolah lain power tarian, kita yang 9 orang satu pun tak reti tarian ni nak kejar juga buat apa? Sampai gaduh bagai, pdahal peringat daerah je pun.
Bila semua nak kejar ni yang PDPC terbengkalai ni..
RPH satu sekolah pun ke laut
Kelas pun ke laut..
Fokuskan kekuatan saja dahulu.. budak & guru power catur? Fokus la catur dahulu.. gitu.. latihan senang tak kcu PDPC, pelan belanjawan catur pun senang sebab dah boleh target dll..
Guru kurang, silibus makin susah, kerja bukan mengajar makin banyak..
Pentadbir kena bijak urus sumber manusia, dan peka keadaan kelas dan guru yang mengajarnya. Kaji betul2 beban tugas staff. Kaji kualiti PDPC di sekolah kita.
Ni PLC siang malam siang malam nak bagi cikgu kreatif, tapi tak sedar kita yang busykan dorang siang malam sampai xda masa nak jadi kreatif.
Ni 4 point untuk aku relfeksi diri aku. Untuk aku tambah baik peranan aku di sekolah. Ni kajian main2 semata2.. budak baru dalam pentadbiran ni, hehe ☺️
Mohon betulkan silap salah yang xda pengalaman ni.
Nazmi
PK1
(Paling Kacak #1)
Sumber: Muhammad Nazmi