Polis Siasat Dakwaan Murid Dipaksa Lakukan Seks Oral Di Asrama


MELAKA: Polis menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat seorang wanita mendakwa anaknya yang belajar di sebuah sekolah menengah berasrama di sini, dipaksa melakukan seks oral oleh rakan. 

Murid tingkatan dua itu juga didakwa cuba mencederakan diri dengan pisau selepas tertekan dengan perbuatan jijik rakan di rumahnya pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 37 tahun, kejadian itu terbongkar selepas anak lelakinya kelihatan murung dan cuba mencederakan diri. 

Katanya, wanita itu mendakwa rakan asrama sekolah anaknya itu melakukan perbuatan jijik dengan cara memaksa mangsa melakukan seks oral. 

“Kejadian itu menyebabkan anaknya ketakutan dan trauma. 

“Mangsa dikatakan meracau pagi semalam sebelum dihantar oleh keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dihubungi hari ini. 

Christopher berkata, kes itu masih dalam siasatan kerana polis belum merakam percakapan murid terbabit yang kini berada di hospital untuk mengetahui punca sebenar kejadian. 

Katanya, setakat ini juga polis belum menahan mana-mana murid disyaki terbabit untuk siasatan. 

“Kes diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber - HARIAN METRO

 

Previous Post Next Post