Imej hiasan via Google Image |
PETALING JAYA: Kerjaya sebagai penghantar makanan semakin menjadi pilihan utama golongan muda disebabkan waktu yang fleksibel selain kurangnya bebanan berbanding sambung belajar atau bekerja dengan mana-mana pihak sehingga ada antara mereka yang tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengarah Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Salleh Amat berkata perkara itu adalah kurang tepat kerana kemasukan pelajar baharu ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengagian Tinggi Swasta (IPTS) masih menunjukkan peratusan tinggi.
Namun tidak dinafikan, terdapat segelitir remaja lepasan sekolah menengah yang tidak menyambung pengajian dan bekerja dalam industri gig berkenaan disebabkan beberapa faktor selain faktor kewangan.
Tambah beliau, sekiranya perkara ini terus berlaku untuk jangka panjang memang merugikan negara, jika pelajar lepasan SPM pun tidak mahu menyambung pengajian.
“Namun ada pelajar yang tak dapat tempat di universiti mereka dah memohon melalui UPU dan tidak mendapat tempat mungkin kerana kelayakan, ataupun mungkin ada sebab-sebab lain dari segi merit dan sebagainya,”
“Mereka juga boleh mengikuti kursus-kursus berbentuk sijil kemahiran dan digunakan untuk memohon masuk ke alam pekerjaan,” katanya kepada Buletin TV3 hari ini.