Guru pusat tahfiz dipukul sekumpulan lelaki


KUALA LIPIS: Tular video beberapa individu bertindak agresif dengan memukul pelajar dan pengajar sebuah tahfiz yang terletak di Kuala Lipis, Pahang lapor Al Hijrah Online.

Difahamkan kejadian berpunca daripada lelaki yang dipercayai bapa saudara kepada seorang pelajar di tahfiz tersebut yang tidak berpuas hati kerana anak saudaranya dibuli. 

Video tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut. 

Portal tersebut telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis dan dimaklumkan kejadian tersebut dalam siasatan.

 

Previous Post Next Post