Tertuduh, Lee Wai Teng (dua dari kanan) didakwa mengemukakan tuntutan untuk program klinik sukan prasekolah pada 21 Oktober 2017 tetapi acara itu tidak dilaksanakan. |
KUANTAN: Guru Besar Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) SungaI Lui, Raub lui, Raub didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu tuntutan bayaran pembekalan makanan program sukan sekolah berjumlah RM900.
Bagaimanapun tertuduh, Lee Wai Teng, 58 tahun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Guru besar terbabit didakwa mengemukakan tuntutan untuk program klinik sukan prasekolah pada 21 Oktober 2017 tetapi acara itu tidak dilaksanakan.
Dokumen tuntutan itu didakwa mengemukakan pada 6 Disember 2017 melalui pembantu tadbir sekolah.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 13, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman dan tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dan 15 September ditetapkan untuk sebutan semula kes.