Kota Tinggi: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta Akademi Sains Malaysia (ASM) melakukan kaji selidik semula berhubung isu lebih 70 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SIJu Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tidak mahu menyambung pelajaran.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sekiranya angka itu benar-benar menunjukkan situasi sebenar, ia adalah kerugian kepada negara untuk melahirkan lebih ramai bakat muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEMD.
Katanya, kajian itu perlu dilakukan segera bagi melihat tindakan sesuai yang akan dilaksanakan untuk menambah minat golongan itu.
"Bagaimanapun kita beranggapan 72 peratus pelajar lepasan SPM dan STPM tidak berminat lanjut pelajaran adalah satu isu. Kita kena mengesahkannya dan saya sudah arah Akademi Sains Malaysia (ASM) iaitu akademi menyokong sains industri dalam negara supaya membuat kaji selidik semula adakah peratusan tersebut tepat atau tidak
"Sekiranya benar ia menunjukkan angla 72 peratus tidak berminat sambung pelajaran, la adalah satu kerugian kepada negara. Langkah selanjutnya perlu kita laksanakan supaya perkara ini tidak jadi bebanan awal untuk kita lahirkan generasi berteknologi tinggi dan minat dalam bidang sains Inovasi dan teknologi.
"Jadi kita minta ASM melakukan kaji selidik segera untuk kenal pasti peratusan itu tepat atau bukan. Kemudian kita akan kemukakan hasilnya kepada kerajaan bagi melihat apakah tin dakan susulan yang akan laksanakan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival STEM Merdeka Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia di Pusat Informasi dan Pelancongan Kota Tinggi di sini, semalam.
72 peratus enggan sambung belajar
Pada 31 Julai lalu, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran,
Walaupun data itu dari tahun 2019, trend berkenaan dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021.
Mengikut data kajian tahun 2019, membabitkan 550,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun selepas keputusan hanya kira kira 170,000 memilih menyambung pengajian manakala bakinya memilih untuk tidak berbuat demikian.
Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut mengucapkan tahniah diatas penganjuran karnival itu yang turut mendapat kerjasama kerajaan Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Berita Harian