Wanita didakwa hina Islam ditahan polis

Kuala Lumpur: Polis menahan wanita yang didakwa menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam. 


Sumber berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada 10.45 malam di Petaling Jaya.

"Suspek yang mendakwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Polis turut merampas beberapa barangan termasuk baju kurung, tudung, skirt pendek dan telefon bimbit yang dipercayai dipakai wanita berkenaan semasa membuat persembahan itu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ketika ini dan siasatan masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita ketika persembahan di kelab komedi di TTDImendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Previous Post Next Post