Kuala Lumpur: Ada pengusaha kantin sekolah terpaksa mengecilkan sukatan makanan dan memilih bahan mentah lebih murah, yang mungkin tidak berkualiti berikutan peningkatan kos.
Tindakan itu menyebabkan pelajar tidak dapat menerima makanan yang berkhasiat, sekaligus boleh menjejaskan tumbesaran murid.
Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Siti Normah Md Desa, berkata keadaan itu berlaku disebabkan pengusaha kantin tertekan dengan kenaikan harga barang, namun terikat dengan harga jualan makanan yang ditetapkan pengurusan sekolah.
Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana anak sangat memerlukan khasiat yang cukup untuk proses pembesaran mereka. Apatah lagi makanan yang diambil itu dimakan pada waktu pagi. Itu menjadi makanan pertama yang masuk ke dalam perut pelajar dan mereka perlu melalui hari-hari seterusnya untuk belajar.
"Namun, kenaikan harga barang asas ketika ini sangat dirasai semua pengguna, tidak terkecuali pengusaha kantin sekolah
Kenaikan kos perlu ditangyung sepenuhnya oleh pengusaha kantin dalam menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar.
"Kami memohon pengurusan sekolah dapat mendengar keluhan pengusaha kantin dan menyemak semula harga makanan yang mungkin sudah tidak relevan lagi dengan harga bahan mentah pada hari ini.
"Di luar kawasan sekolah har ga makanan dinaikkan peninga. tetapi di kantin, pengusaha tidak boleh berbuat demikian kerana terikat dengan perjanjian," katanya.
Beliau berkata, persatuan itu berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah sewajarnya bagi menangani beban pengusaha kantin yang terjejas teruk dengan kenaikan har. ga keperluan asas.
Siti Normah berkata, kerjasama semua pihak sangat diperlukan untuk mencari penyelesaian terbaik dalam perkara ini.
"Jika menaikkan harga bukan pilihan yang disukai, menurunkan kualiti makanan juga tidak sepatutnya berlaku.
"Mungkin kerajaan boleh mewujudkan program makanan sihat yang dibiaya syarikat swasta. memberikan subsidi kepada kantin sekolah untuk menyediakan makanan berkhasiat," katanya.
Bekas Menteri Pendidikan. Dr Maszlee Malik, sebelum ini menggesa KPM mengambil tindakan apabila pengusaha kantin menukarkan potongan lebih kecil bahagian ayam serta telur berikutan peningkatan kos.