Pembelajaran Berasaskan Pengalaman mampu tangani masalah murid

Imej hiasan

Disiplin murid antara faktor penting dalam menentukan kejayaan dalam institusi pendidikan, sekolah bukan hanya berfungsi un tuk memindahkan maklumat semata-mata, bahkan agen membentuk peribadi murid supaya memiliki akhlak mulia.

Selain memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran, aspek disiplin juga perlu diberi penekanan.

Bagaimanapun, pelbagai masalah disiplin hangat diperkatakan, akhir-akhir ini. Antaranya, merokok dan menghisap vape, tidak menghormati guru, ponteng dan gangsterisme.

Malah, media melaporkan terdapat 38 kes buli berlaku di sekolah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mendatang. kan pelbagai kesan negatif terutama kepada murid. agama, bangsa dan negara. Namun, tanggungjawab itu bukan hanya perlu dipikul kerajaan atau pihak sekolah, malah ditanggung semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.

Konsep Sekolahku Sejahtera 

Konsep Sekolahku Sejahtera antara alternatif menangani masalah disiplin dan bermatlamat melahirkan insan sejahtera menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global.

Konsep berkenaan digagaskan bagi memperkenal, mempromosi dan meningkatkan pemahaman terhadap elemen Sejahtera yang perlu sentiasa diterap, dididik, diamalkan dan dihayati hingga menjadi budaya warga institusi pendidikan.

Elemen dinyatakan pula bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan insan seimbang dari semua aspek.

Penerapan elemen Sejahtera membabitkan pelbagai aktiviti berstruktur di dalam dan luar kelas seperti integrasi kurikulum dan kokurikulum serta pembabitar ibu bapa serta komuniti.

Antara inisiatif menangani masalah disiplin murid secara holistik ialah aktiviti Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dengan murid akan didedahkan terhadap isu keselamatan di sekolah dan dalam komuniti.

Ini akan memberi kesedaran kepada murid mengenai tahap keselamatan di sesebuah institusi, sekali gus akan mengelakkan berlakunya kes membabitkan keselamatan seperti kecurian, kemalangan, buli dan peras ugut.

Pada masa sama, keberkesanan aktiviti dilaksanakan di institusi pendidikan menerusi gagasan ini perlu sentiasa dinilai dan ditambah baik bagi memastikan objektif keberhasilan Sekolahku Sejahtera dapat dicapai.

Perubahan bagi minda, tingkah laku dan budaya murid serta sekolah boleh diukur melalui pelbagai cara seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual, analisis data serta kesalahan disiplin. Sekiranya didapati kurang mencapai hasil diharapkan, usaha semakan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan.

Selain itu, institusi pendidikan di luar KPM juga perlu diberi pendedahan mengenai konsep ini. Masalah disiplin murid merentas pelbagai institusi pendidikan sama ada kerajaan atau persendirian.

Oleh itu, sangat penting supaya konsep Sekolahku Sejahtera ini diperluaskan pelaksanaannya.

Dr Halim Ismail
Penolong Profesor,
Kuliyyah Pendidikan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Previous Post Next Post