Netizen berbalah murid diajar cara sarung kondom ketika pendidikan seks

Ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Isu tentang pendidikan seks dekat sekolah ni bukan perkara baru dan tiap kali isu ni bangkit mesti akan ada perdebatan.

Isu ni kembali menjadi perbincangan di kalangan netizen selepas tersebar video sekumpulan pelajar lelaki sedang buat latihan amali tentang cara untuk memakai kondom dengan betul. Pelajar ini diajar seorang cikgu dan dipercayai sebahagian daripada pendidikan seks.

Video berdurasi 24 saat itu menunjukkan pelajar kekok dan malu-malu nak sarungkan kondom di depan kawan-kawannya yang diajar cikgu.

Memetik laporan mStar, video itu dipercayai dirakam di sebuah sekolah menengah di Sarawak dan dikongsikan pengguna TikTok.
Bagus sekolah ajar benda-benda ni…
Perlu ke ajar? Nanti ada yang cuba buat dengan kawan pula.
Kredit: mStar
Previous Post Next Post