Filem Mat Kilau dari sudut pandang seorang guru

Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.


Filem Mat Kilau dari sisi seorang guru

1. Kalau anda seorang guru sejarah

Filem ini cukup memenuhi ma'ani perjuangan sebenar dalam sanubari anak didik anda. Belajar sejarah bukan sekadar menghafal nama dan fakta.. tetapi memahami pengajaran di sebalik sejarah yang kita belajar

2. Kalau ada seorang guru bahasa.

Filem ini dikayakan dengan lontaran bahasa Melayu indah..tiada dialog sampah. Setiap butir tutur dan kata sangat bermakna dan membasahi jiwa anak didik anda.

3. Kalau anda seorang guru agama.

Filem ini mampu membangkitkan kesungguhan memahami nilai ibadah dalam diri anak murid kita.

Betapa besar keajaiban kuatnya akidah dan hikmah ibadah mampu meroboh tirai musuh durjana yang kononnya sangat berkuasa.

Jangan risau saya jamin tiada unsur tidak syar'i yang disajikan dalam filem ini.

4. Kalau anda seorang guru jurulatih sukan sekolah

Filem ini mampu membangkitkan semangat melawan semua atlit anda di medan" laga". Betapa penting keinginan, kesungguhan, kesabaran, kekuatan mental mampu membuahkan hasil walau pun kita tidak gah seperti pasukan lawan di sana.

Maka usahakanlah untuk membawa anak-anak murid anda mengambil manfaat dari Filem ini..

Mendidik dari hati kita dikenang sampai mati 

NYDP i-Guru Melaka

 

Previous Post Next Post