3 Faktor Guru Kreatif Di Sekolah Hilang Semangat

 

3 FAKTOR BAGAIMANA GURU YANG KREATIF BOLEH HILANG SEMANGAT 

1. Apabila pentadbir tidak mahu menyokong dan mendukung idea, cadangan, dan daya usaha pekerja. 

Pada awal sampai ke sekolah, majoriti guru mempunyai semangat mahu menyumbang untuk kemajuan murid dan sekolahnya dengan cara mengemukakan idea dan cadangan. Tetapi lama kelamaan, mereka menjadi pasif, tidak mahu lagi mengemukakan idea dan cadangan. Mereka cuma buat apa-apa yang disuruh sahaja, jika perkara itu tidak disuruh, mereka tidak buat. 

Dalam situasi seperti itu, para guru tidak membantu pentadbirnya dengan sama-sama berfikir mencari jalan-jalan bagi menyelesaikan masalah. Hal demikian itu berlaku apabila pentadbirnya melakukan kesilapan-kesilapan ini: 

i. Semasa gurunya sedang bercakap mengemukakan ideanya, pentadbir tidak menunjukkan minat pada idea itu. Dia tidak memandang muka pekerjanya yang sedang bercakap itu. 

ii. Pentadbir tidak memberi masa yang secukupnya kepada gurunya bercakap dan menerangkan ideanya sampai dia puas hati. 

iii. Pentadbir memberi komen kekurangan dan kelemahan yang ada pada idea dan cadangan yang dikemukakan oleh gurunya. 

vi. Pentadbir cepat memberitahu guru itu alasan-alasan mengapa ideanya itu tidak praktikal, tidak betul, tidak dapat diterima. 

2. Pentadbir memanggil sesi brainstorming, ataupun perbincangan tetapi dia mendominasi sesi itu. Kesilapan ini lumrah dilakukan oleh pentadbir yang terlalu optimistik. Inilah yang berlaku apabila mereka berbincang dengan guru: 

i. Pentadbir saja yang banyak bercakap. 

ii. Apabila guru cuba bercakap, dia cepat menjawab, mengomen, mengulas, mengkritik pendapat guru tersebut. 

3. Pentadbir menilai faktor-faktor prestasi yang di luar kawalan guru. Prestasi guru dipengaruhi oleh 2 faktor. 

Pertama, faktor-faktor yang berada dalam kawalannya sendiri. 

Kedua, faktor-faktor yang berada di luar kawalannya. Guru mungkin gagal mencapai saaran disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalannya, tetapi dia dimarahi oleh pentadbirnya. Contoh faktor-faktor di luar kawalan guru: 

i. Guru itu masih baru, dilantik memegang jawatan utama di sekolah dalam panitia, pencapaian kurang memuaskan akibat daripada sasaran yang ditetapkan oleh sekolah tidak dicapai kerana perancangan tidak tersusun.

ii. Guru gagal mencapai target pencapaian disebabkan kehadiran murid ke sekolah yang rendah. Kehadiran murid adalah tanggungjawab bersama, dan bukan guru itu seorang.


Previous Post Next Post